Penawar Angin Dalam Badan /Gastrik/Gerd

Saya mohammad pernah mengalami masalah angin dalam badan sejak 2012 yang teruk dan hampir berhenti kerja dan berputus asa dalam hidup .pelbagai produk yang saya cuba dan habis berpuluh ribu ringgit mencari penawar dan kaedah.

Pada 28/12/2012 saya mengalami sesak nafas di KLiA pada masa tu jam 1.00 pagi  mana nak cari klinik kan nasib baik ada hospital swasta sime darby dan masa itu cuma ingat MATI sahaja ingatkan sakit jantung dan saya di masuk ke iCU Doktor terus check saya dengan ECG & X-ray
rasa waktu hidup macam dah berakhir bila result keluar doktor cakap awak ada makan ke? awk kena gastrik ni ... sejak dari hari tu hidup saya berubah 

tak boleh makan pedas 
tak boleh sejuk @ duduk dalam aircond
cepat semput & cepat letih 
selalu sesak nafas dan selalu rasa benda sangkut kat leher
kaki dan tangan rasa sejuk & kebas aje
badan rasa un-balance rasa nak jatuh dan pening2 kepala rasa pusing2.
badan jadi tak fit mungkin selalu sembelit dan selalu cirit 
perut dah kembung dan penuh dengan angin 
hidung selalu tersumpat dan susah nak tido malam
hidup pun jadi susah sebab main dengan emosi .

Pelbagai produk yang sy cuba seperti herbalife,shaklee lah,isagenix,forever living,CMD semua tak membantu

selain tu saya pergi urutlah ,berbekam lah & cuba perubatan islam tapi yang paling best jumpa bomoh dia kata saya kena buatan orang tu yang lawak tapi semua tak berjaya

saya pernah jumpa pakar di bagan specialist,metro & penang adventist hospital habis beribu ringgit dan pernah 2x masukkan kamera dalam usus tapi semua tak membantu ...






0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.